Siput Gondang Emas
“Pomacea Canaliculata”
Siput
Gondang Emas adalah haiwan bercengkerang dan tidak bertulang belakang dengan
nama latin, “Pomacea Canaliculata” merupakan jenis siput air
yang banyak dijumpai di air tawar kawasan tropika seperti di sawah, saliran
parit dan denai. Siput Gondang Emas juga dikenal sebagai siput sawah, siput
air, tutut, dan siput Khecha. Siput Gondang Emas terlihat seakan-akan dengan siput yang menyusul di daratan (siput babi), Siput Gondang Emas hanya terdapat di daerah yang berair
sedangkan siput babi hidup dan berkembang di daratan.
Siput Gondang
Emas merupakan keluarga siput tempatan iaitu Gondang, “Pila Ampullacea”.
Siput
Gondang Emas memiliki tinggi cengkerang sehingga 40 mm dengan diameter 15-25 mm
dan berbentuk seperti kerucut ‘kon’ berwarna hijau-kecoklatan, kuning
kehijauan, bahkan ada yang hitam. Siput Gondang Emas menyimpan kandungan gizi
yang tinggi yang mana menurut “Positive Deviance Resource” Centre terdapat
12% protein, 217 mg kalsium, rendah kolesterol, 81 gram air di setiap 100 gram
Siput Gondang Emas. Selain itu, Siput Gondang Emas mengandung tenaga, protein,
kalsium, karbohidrat, phosporus dan vitamin yang baik untuk kesihatan.
Siput Gondang Emas merupakan perosak tanaman padi yang utama di
Malaysia. Siput Gondang Emas ini
berasal daripada kawasan paya dan sungai di Argentina dan Brazil di Amerika
Selatan. Ia juga dikatakan sebagai perosak utama kepada kawasan padi di Negara
Taiwan, Jepun, Filipina, Thailand dan Indonesia. Di Malaysia terdapat 2 jenis Siput
Gondang Emas yang dikesan iaitu Pomacea Canaliculata (warna keemasan)
dan Pomacea Incerlarus (warna kehitaman). Siput Gondang Emas sejenis
herbivor, kerosakannya pada tanaman padi adalah secara menyerang pangkal anak
pokok padi sebelum memusnahkan pada bahagian lain. Ianya menyerang dan
merosakan anak-anak padi yang berumur sehingga 30 hari selepas menabur dan
ianya boleh menyebabkan kehilangan 93% hasil padi. Tanda- tanda kehadirannya
menyebabkan tompok-tompok dalam sawah seperti anak benih tidak tumbuh dan
kehadiran telur pada batas sawah dan rumpai. Dengan ini tinjauan bendang secara
berterusan perlu dilakukan jika terdapat Siput Gondang Emas.
Siput Gondang Emas merupakan keluarga siput tempatan iaitu Gondang, “Pila Ampullacea”.
Pila ampullacea dan Pomacea canaliculata telah dibuat uji kaji dan didapati boleh menjadi vektor paratenic untuk menyebarkan larva peringkat ketiga (L3) daripada nematod Gnathostoma spinigerum iaitu parasit penyebab gnathostomiasis pada manusia. G. spinigerum (L3) telah didapati terkandung dalam tisu kaki siput dan organ-organ dalamannya. Jangkitan, intensiti dan pembiakan larva peringkat ketiga G. spinigerum dalam kedua-dua spesies siput akuatik ini. Ini adalah bukti pertama yang menunjukkan bahawa bukan sahaja vertebrata tetapi juga invertebrata (siput) boleh menjadi perumah sebagai paratenic untuk parasit ini, siput akuatik adalah salah satu daripada beberapa sumber gnathostomiasis manusia di Thailand. Juga terdapat racun di dalam gizi makluk perosak ini. Spesis ini juga akan memudaratkan sistem hati dan limpa.
Video 1: Telur, “Pomacea Canaliculata” di habitat asal
Pusat Penggerak Masyarakat Bachok
(Adullah Yusoff),
No 5300,
Lot 1132 (C),Kg, Kemayang, Tawang,
16020 Bachok,
Kelantan.
Tel: +609 - 849 5300
+6016 - 932 0760
Email: prmrkh5300@yahoo.com
(Adullah Yusoff),
No 5300,
Lot 1132 (C),Kg, Kemayang, Tawang,
16020 Bachok,
Kelantan.
Tel: +609 - 849 5300
+6016 - 932 0760
Email: prmrkh5300@yahoo.com