Selasa, 5 April 2016

PRMRK Homes of Golden Snail

Siput Gondang Emas
“Pomacea Canaliculata”

Siput Gondang Emas adalah haiwan bercengkerang dan tidak bertulang belakang dengan nama latin, “Pomacea Canaliculata” merupakan jenis siput air yang banyak dijumpai di air tawar kawasan tropika seperti di sawah, saliran parit dan denai. Siput Gondang Emas juga dikenal sebagai siput sawah, siput air, tutut, dan siput Khecha. Siput Gondang Emas terlihat seakan-akan dengan siput yang menyusul di daratan (siput babi), Siput Gondang Emas hanya terdapat di daerah yang berair sedangkan siput babi hidup dan berkembang di daratan. 

Siput Gondang Emas merupakan keluarga siput tempatan iaitu Gondang, “Pila Ampullacea”.

Siput Gondang Emas memiliki tinggi cengkerang sehingga 40 mm dengan diameter 15-25 mm dan berbentuk seperti kerucut ‘kon’ berwarna hijau-kecoklatan, kuning kehijauan, bahkan ada yang hitam. Siput Gondang Emas menyimpan kandungan gizi yang tinggi yang mana menurut Positive Deviance Resource” Centre terdapat 12% protein, 217 mg kalsium, rendah kolesterol, 81 gram air di setiap 100 gram Siput Gondang Emas. Selain itu, Siput Gondang Emas mengandung tenaga, protein, kalsium, karbohidrat, phosporus dan vitamin yang baik untuk kesihatan.

Siput Gondang Emas merupakan perosak tanaman padi yang utama di Malaysia. Siput Gondang Emas ini berasal daripada kawasan paya dan sungai di Argentina dan Brazil di Amerika Selatan. Ia juga dikatakan sebagai perosak utama kepada kawasan padi di Negara Taiwan, Jepun, Filipina, Thailand dan Indonesia. Di Malaysia terdapat 2 jenis Siput Gondang Emas yang dikesan iaitu Pomacea Canaliculata (warna keemasan) dan Pomacea Incerlarus (warna kehitaman). Siput Gondang Emas sejenis herbivor, kerosakannya pada tanaman padi adalah secara menyerang pangkal anak pokok padi sebelum memusnahkan pada bahagian lain. Ianya menyerang dan merosakan anak-anak padi yang berumur sehingga 30 hari selepas menabur dan ianya boleh menyebabkan kehilangan 93% hasil padi. Tanda- tanda kehadirannya menyebabkan tompok-tompok dalam sawah seperti anak benih tidak tumbuh dan kehadiran telur pada batas sawah dan rumpai. Dengan ini tinjauan bendang secara berterusan perlu dilakukan jika terdapat Siput Gondang Emas.


     Pila ampullacea dan Pomacea canaliculata telah dibuat uji kaji dan didapati boleh menjadi vektor paratenic untuk menyebarkan larva peringkat ketiga (L3) daripada nematod Gnathostoma spinigerum iaitu parasit penyebab gnathostomiasis pada manusia. G. spinigerum (L3) telah didapati terkandung dalam tisu kaki siput dan organ-organ dalamannya. Jangkitan, intensiti dan pembiakan larva peringkat ketiga G. spinigerum dalam kedua-dua spesies siput akuatik ini. Ini adalah bukti pertama yang menunjukkan bahawa bukan sahaja vertebrata tetapi juga invertebrata (siput) boleh menjadi perumah sebagai paratenic untuk parasit ini, siput akuatik adalah salah satu daripada beberapa sumber gnathostomiasis manusia di Thailand. Juga terdapat racun di dalam gizi makluk perosak ini. Spesis ini juga akan memudaratkan sistem hati dan limpa.


  Video 1: Telur, “Pomacea Canaliculata” di habitat asal




Klik untuk seterusnya:}


Lokasi kursus:


Pusat Penggerak Masyarakat Bachok 
(Adullah Yusoff),
No 5300,

Lot 1132 (C),Kg, Kemayang, Tawang,
16020 Bachok,
Kelantan.

Tel: +609 - 849 5300
       +6016 - 932 0760

Email: prmrkh5300@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan